Sunday 3 April 2011

Inte cleanse

Menyelesaikan / Membersihkan Masalah Usus 
Bahan Kandungan :-

- Radix Rheum Palmatum, Folium Cassia Acutifolia, Folium Aloe Barbadensis Extract, Radix Aucklandia Lappa, Radix Scutellaria Baicalensis, Rhizoma Alisma Orientalis (Sam.) Juzep 
Kegunaan nya:- 
• Digunakan secara tradisional untuk membersih dan membina usus, melawaskan pembuangan najis, melegakan sembelit, menurunkan berat badan (obesity), stress, metabolisma rendah, penghadaman dan paras hormon rendah

• Inte-Cleanse berfungsi membersihkan usus dengan mengeluarkan sisa-sisa najis yang tertinggal didalam usus besar walaupun sesaorang itu mampu membuang air besar mengikut kekerapan biasa (sekali / dua kali sehari).

• Pengambilan Inte-Cleanse sebaiknya 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.Jangan melebihi 4 kapsul. Digalakkan meminum air kosong sebanyak termampu kerana proses pembersihan memerlukan banyak air. • Kesannya bermula selepas 7 - 8 jam pengambilan. Akan kerap ke tandas, 3, 4, atau 5 kali dalam masa 24 jam. Jika lebih dari itu bermakna terdapat banyak toksid didalam colon. Jangan bimbang, itu kesan tindakan biasa.

• Pengambilan Inte-Cleanse tidak menyebabkan perut memulas dan tidak terlalu mencirit sehingga tidak sempat ke tandas. Resanya seperti biasa dan lancar.

• Inte-Cleanse mengeluarkan lemak di dalam usus dan dapat membantu menurunkan berat badan. Menurunkan berat badan bukanlah fungsi utama pengambilan Inte-Cleanse.

• Pengambilan Inte-Cleanse untuk 5 hari sahaja dan ulang pengambilan, selepas 3 atau 6 bulan sekali.


               HARGA WM: RM48.00 | EM: RM53.00 | BRU: $27.50 | S'PORE: $26.00

              20 KAPSUL 

Wednesday 30 March 2011

KOPI GUARA (RED COFFEE GUARA)


KOPI RED GUARA (RGC) dikomposisikan dengan 3 bahan aktif mewah utama terdiri daripada Ekstrak Guarana (Paullina cupana), Ubi Bit Merah (Beta Vulgaris) dan Yis Beras Meerah (Monanscus Purpurues). Kopi ini mempunyai kafein yang sangat rendah, mengandungi 70% Arabica dan 30% Robusta dan ditanam 2000 kaki dari aras laut.

Guarana (Paulina Cupana)

Guarana merupakan herba penyembuh Hutan Amazon, Brazil. Mampu menyembuhkan cirit-birit, cegah aterosclerosis /cardiovascular (akibat pemendapan pembuluh darah), meredakan kesakitan, menghentikan pendarahan, penggalak saraf, bersifat anti-oksida sesuai untuk merawat darah tinggi, penyembuh demam, pereda migrain dan sakit saraf (neuralgia). Dalam bentuk tonik, diminum oleh kaum wanita Red Indian semasa datang bulan, senggugut, asma, senggugut dan sakit-sakit sendi. Diambil oleh lelaki Red Indian supaya perut tidak lapar dan menambah tenaga dan stamina semasa pergi berburu. Di Eropah, guarana diumpamkan sehebat Viagra.

Ubi Bit Merah (Beta Vulgaris)

Bersifat anti-kanser bagus untuk merawat kanser, menjana tenaga, sakit pinggang, bersifat anti-oksida. Ianya sering digunakan oleh orang-orang Cina dan Eropah dalam pemakanan harian sebagai sumber tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.Mengandungi khabohidrat, protein, lemak untuk tenaga. Komponen "Betaine" yang ada dlm ubi bit merah ini berkesan membantu fungsi hati.Ia juga dikatakan dapat membantu merawat migrain dan membuang toksid dalam tubuh.

Yis Beras Merah (Monanscus Purpuruees)

Ianya digunakan secara tradisional oleh orang-orang Cina untuk melawat masalah penghadaman, cirit birit dan sakit perut.Melembutkan salur darah yang keras, sangat bekesan mengatasi penyakit darah tinggi, keracunan, kanser, kencing manis, parkinson atau strok. Komponen penyekat HMG-COA reductase didalamnya berupaya menurunkan kadar jumlah kolestrol dan bagus untuk menurunkan berat badan.

Krimer Soya

Susu tenusu tidak digunakan sebagai krimer kerana ia akan menghapus khasiat dalam kopi guara.

Rumusan Kegunaan Kopi Guara Merah

 Membantu menurunkan berat badan dan kadar kolestrol yang berlebihan
 Membekalkan tenaga berpanjangan
 Membuang air dan lemak berlebihan dalam badan.
 Melancarkan perjalanan darah dan membina jantung
 Mengatasi dan membantu pencernaan
 Mengatasi kelesuan dan sebagai penahan lapar.
 Menghindarkan atau mengurangkan kepenatan
 Membantu merawat migrain
 Melembutkan salur darah yang keras.
 Membantu proses penghadaman yang sempurna. 


Harga pasaran WM: RM24.50 Sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Rita Benjamin 
Tel no: 014 654 6419 atau 014 358 8386



Tuesday 29 March 2011

KEGUNAAN BIDADARI

12371 BIDADARI Bidadari

Harga WM : RM84 / botol

Bidadari merupakan produk DCL yang dicipta untuk kesihatan menyeluruh dan keanggunan wanita sejati. Di rumus khas oleh mereka yang arif tentang keperluan seorang wanita. Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Tidak syak lagi, inilah sesuatu yang selama ini diimpikan oleh setiap wanita.
Produk yang mesti dimiliki minuman bernutrisi tinggi, sangat baik untuk remaja dan wanita terutamanya bagi yang telah berumah tangga. bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Bidadari adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.

Khasiat Bidadari

Terdapat pelbagai khasiat dan kelebihan bidadari sekiranya di amalkan oleh wanita. Ia mampu memberikan kebahagiaan rumahtangga serta mengembalikan tenaga seksual wanita yang telah sekian lama hilang dimakan usia. Penjagaan tenaga batin ini penting untuk keharmonian rumahtangga.
  • Membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga
  • Meningkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan.
  • Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
  • Menghilangkan bau badan & mulut
  • Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
  • Membina dan mengecutkan rahim
  • Menegangkan payudara
  • Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan
  • Menguatkan sistem kemutan
  • Menambahkan kolegen dalam badan
  • Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
  • Melegakan panas badan

Rahsia Ramuan Bidadari

Ramuan produk bidadari adalah madu asli, sireh, akar serapat, kacip fatimah, kurma, manjakani, serai, jarum mas, asam jawa dan herba-herba terpilih. Setiap bahan-bahan tersebut mempunyai khasiat semula jadi dimana ia mampu meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita.
Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.
Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.
Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.
Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.
Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.
Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.
Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.
Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.
Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.

Cara Penggunaan Bidadari

Anda perlu mengikut cara-cara pemakanan bidadari yang di syorkan. Pada peringkat permulaan pengambilan bidadari adalah seperti yang disyorkan. Setelah sebulan anda boleh mengurangkan pengambilan bidadari untuk mengekalkan kesihatan dalaman wanita.
Pengambilan bulan pertama
2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan
Selepas sebulan pemakanan
Selepas sebulan, minum bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya
Pantang larang
  • Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan bidadari.
  • Gunakan sudu plastik – kerana bidadari adalah produk berasaskan homeopati.
  • Bidadari tidak boleh diminum ketika datang haid kerana ketika haid, rahim tengah mengembang kembang, fungsi bidadari pula untuk kecutkan rahim
  • Wanita mengandung dilarang mengambil bidadari
page 12 bidadari Bidadari

Monday 28 March 2011

Q-SHE & KEGUNAAN NYA

Q-She (DCL Products)

Q-SHE
42 capsules
RM 68.00

Q~She diadun dari LOBATA (pueraria mirifica) gred terpilih, berkesan bagi meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen yang berfungsi mengaktifkan kolagen bawah kulit yang mana hasilnya anda akan lihat dan rasai setiap hari.
  1. Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit.
  2. Menegangkan payudara dan menghasilkan potongan badan yang menarik.